Khamis, 15 Ogos 2013

LATARBELAKANG PROGRAM IBADAH AQIQAH & KORBAN DI SINI

Bumi Kemboja dan Vietnam pada asalnya merupakan bumi Melayu sejak terbinanya kerajaan Melayu di abad pertama lagi.

Hari ini bangsa Melayu di bumi ini telah menjadi kaum minoriti di sini dan kebanyakkan mereka adalah beragama Islam. Mereka tinggal di Wilayah Kg Champ di Kemboja dan beberapa kampung Melayu Champa di persisiran pantai di Vietnam.

Sumbangan dan bantuan oleh pihak Majma' dan WarisAlam 
yang dibawadengan kenderaan 4x4 dari Malaysia
Ekspedisi JEJAK WARISAN JAWI yang dikendalikan oleh pihak MAJMA’ BUDAYA DAN WARISAN JAWI telah tiba ke wilayah-wilayah Melayu ini pada tahun 2011 secara berkonvoi dengan kenderaan pacuan 4 roda, dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan dan zakat kepada golongan Melayu Champa yang tidak bernasib baik.

Hasil dari ekspedisi itu, pihak MAJMA’ telah berjaya menyalurkan bantuan secara terus menerus hasil dari sokongan masyarakat Melayu di Malaysia.

Selain program Ibadah KORBAN dan AQIQAH, bantuan membina sekolah, bantuan pengajian dan menaik taraf ekonomi masyarakat di sini telah diusahakan.

KORBAN & AQIQAH diperlukan untuk 400,000 masyarakat Melayu Champa di Kg Champ, Kemboja sahaja

Kenduri kahwin di Hari Raya
Satu kelainan acara KORBAN & AQIQAH di Kemboja ialah mereka tidak melaksanakan penyembelihan di masjid-masjid kesemuanya. Malah kebanyakkan dilaksanakan di rumah-rumah kenduri kahwin. Ini lah peluang mereka untuk mengadakan majlis kenduri hasil dari sumbangan melalui ibadah Korban & Aqiqah.

Yang cukup menarik, bahan masak sudah sedia di dalam kawah sementara menanti lembu disembelih. Mereka hanya mampu berlaukan kari daging sahaja di majlis perkahwinan hasil sumbangan di musim Korban & Aqiqah.

Kanak-kanak menanti makanan
Majlis di sini cukup menarik, didahulukan jamuan kenduri itu kepada kanak-kanak yang telah siap berhimpun menanti lembu disembelih.

Setiap tahun pihak MAJMA’ membawa rombongan ke sini untuk melaksanakan ibadah KORBAN & AQIQAH.

Pada sesiapa yang berminat untuk ikut serta berHari Raya Korban di sini amat-amat digalakkan untuk menyaksi sendiri budaya dan kehidupan masyarakat Melayu Islam di bumi ini.

Rempah dan bahan masakan sudah sedia didalam kawah sementara menanti daging dilapah